Terpanggil kali ini untuk berkongsi pendapat kerana sana-sini sibuk bercerita ingin memberikan hadiah sempena Valentine Days besok.
Sedih dan keliru.....
Itulah perasaan saya bila sana-sini hanya mendengar hadiah yang akan diberikan nnt hanyalah candle light dinner, bunga, coklat, barang kemas dll semata2 ingin menyambut Valentine..
Lupakan pasal valentine (sedia maklum HARAM disambut) tetapi yang ingin dikongsi disini ialah pemberian hadiah kepada yang tersayang.
Bukankan jika jika benar2 kasih kepada isteri dan anak2, atau ibubapa, insurans adalah hadiah yang terbaik?
Insurans bukan satu paksaan tetapi satu langkah bijak yang perlu diambil untuk mengelakkan kesusahan ketika dilanda musibah. Kita tidak tahu bila musibah atas diri kita akan berlaku. Cuma yang kita mampu ialah bersedia, berdoa dan bertawakal sahaja.
1. Diri anda sendiri
2. Suami / isteri
3. Anak –anak anda yang dikasihi
4. Ibu Bapa
Sebagai seorang lelaki/wanita yang bijak dan berjaya, anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda.
Ya.. jika anda sekarang masih bujang, sudah tentu anda kurang komitmen dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri.
Kalau ditakdirkan anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluran seperti kisah si ibu malang. Kerana apa? Anda bujang!.. anda hanya perlu dikafan dan dikebumikan.. tutup kes..
Tapi..
bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil..
Siapakah yang akan menanggung kos perubatan anda?
Siapa yang nak menanggung makan-minum anda?
Siapa yang nak bayar hutang motor atau kereta , ptptn, bayaran bulanan sumbangan pada mak ayah kat kampung, kad kredit dan juga hutang makan atau rokok anda di kedai mamak?
Itu kalau anda bujang bagaimana kalau anda sudah berkahwin, sudah ada anak, mempunyai tanggungan perbelanjaan yang ketat dan bergantung harap pada anda yang kini bekerja untuk mereka. Bagaimana?
Jika anda adalah anak atau cucu kepada Lim Goh Tong atau Ananda Krishnan atau keturunan kerabat diraja, .. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat.
Tetapi, hakikatnya anda tidak begitu…
Tujuan saya disini bukanlah untuk membuat paksaan atau mengugat tetapi sekadar untuk memberi peringatan dan panduan supaya hidup kita di dunia ini lebih terjamin baik dan selesa. Saya minta maaf jika bahasa saya kasar akan tetapi inilah hakikat sebenar yang kita akan tempuh kelak satu hari nanti.
Saya ingin bertanya adakah anda mempunyai polisi insurans iaitu :
1. Insurans Kemalangan Peribadi
2. Insurans Keluarga
3. Insurans Hayat
4. Insurans + Medical Card untuk membiayai bil rawatan hospital
5. Insurans Manfaat Perlindungan 36 Jenis penyakit kritikal
6. Insurans berlandaskan ciri2 islam iaitu TIADA unsur Riba’, Judi dan Was Was
Jika ada mempunyai salah satu perkara diatas TAHNIAH diucapkan kerana anda telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga .
Hadiahkan yang terbaik untuk tersayang...
GEGAR BLOG ANDA..
ReplyDeletealhamdullilah...setiap orang mesti ada perantaraan ini untuk kehidupan mendatang..
amin... kesedaran masih kurang di kalangan kita..
ReplyDelete